Di sini saya sertakan contoh model mesin basuh, coin timer box dan coin sorter (mesin kira syiling). Model mesin basuh ini terpulang pada permintaan anda, boleh juga guna model Panasonic, Toshiba, Samsung dan lain-lain. Kami mencadangkan model LG kerana sejarah prestasi mesin ini selama 4 tahun kami pasang di Kolej Matrikulasi, MRSM dan Kolej RISDA dengan kapasiti penggunaan yang tinggi dan pelajar yang ramai terbukti mesin basuh model LG ini sangat kuat dan tahan lasak serta mampu beroperasi 24 jam sehari. Bagi coin timer box pula kami menawarkan jenis stainless steel, 3 value multi coins (10 sen, 20 sen dan 50 sen) dan 2 kunci keselamatan. Coin timer box ini juga dilengkapi dengan set timer digital dan akan dipasang pada badan mesin basuh.
Model LG 7.0 KG Top Loader Turbodrum |
Coin timer box (pandangan sisi) |
Coin timer box (pandangan hadapan) |
Di sini ada beberapa contoh coin sorter yang perlu digunakan selepas selesai collection. Jenis coin sorter yang digunakan bergantung pada kapasiti dan kadar kekerapan collection dalam sebulan :
Collection di antara RM1K ke RM3K seminggu |
Collection di antara RM3K-RM6K seminggu |