Menentukan sasaran pasaran atau marketing target adalah sangat mustahak dalam memastikan permulaan dan perjalanan perniagan menepati kehendak dan kepuasan pelanggan. Sasaran pasaran adalah luas dari sekecil kecil kumpulan kawasan sehinggalah sebesar besar kelompok organisasi. Sebagai contoh kami kini memberi perkhidmatan dobi layan diri di Matrikulasi (Negeri Sembilan) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Melaka.
Pasaran kami adalah baik kerana di situ ada asrama penuh yang menempatkan pelajar dalam kapasiti yang tinggi. Dari sini kita boleh mengkaji demografi (umur, pekerjaan, status dan budaya pelanggan) pasaran kita. Di asrama penuh terdapat pelajar yang sangat sibuk dengan aktiviti pembelajaran dan sosial dan mereka kekadang tiada masa untuk membasuh baju dengan kaedah manual (cucian tangan). Oleh itu mesin dobi layan diri akan banyak memberi bantuan dari segi masa dan tenaga. Cuma dari segi prosedur dan dokumentasi sesebuah IPTS atau IPTA akan membuka tender atau sebutharga terbuka untuk sesiapa yang berminat untuk membekalkan dobi layan diri kepada pelajar mereka dan tertakhluk pada beberapa syarat tertentu.
Selain dari tawaran IPTA@IPTS, anda juga boleh menjalankan perniagaan ini jika anda ada rumah sewa yang disewakan kepada pelajar atau pekerja di dalam kapasiti yang ramai. Selain daripada pendapatan sewaan bulanan rumah, anda juga boleh mewujudkan satu lagi tambahan (dual income) melalui dobi layan diri:). Selepas mesin dobi layan diri lengkap dipasang dan sedia untuk digunakan, anda hanya perlu membuat kutipan mingguan (collection) sahaja dan rasailah hasilnya! Pada hari ini seperti menjadi satu trend tuan rumah akan menyiapkan rumah untuk disewakan kepada pelajar IPTA@IPTS. Satu berita baik:)
Atau jika anda mempunyai sebuah site ruang kedai dan berminat meletakkan mesin dobi layan diri mungkin inilah peluangnya. Tidak ramai pengusaha di negara kita yang cuba pendekatan ini, dimana pelanggan akan masuk ke kedai kita, membasuh baju sendiri hanya menunggu 30 ke 40 minit sahaja untuk basuhan lengkap sebelum proses pengeringan melalui mesin dryer seperti trend di negara-negara eropah.
Sekolah berasrama penuh |
Rumah sewa |
IPTA@IPTS |
Lot kedai |
Jika anda berminat untuk mencuba atau sudah dapat tawaran tetapi tidak
tahu bagaimana untuk membuat pemasangan, kami sedia membantu dan
membekalkan mesin dobi layan diri kepada anda..
'Kami bekal dan pasang, anda collect dan rasailah hasilnya..'