Salam Sejahtera untuk semua pembaca Blogger..
Bermula Jun 2012, insyaallah Qudrat Maju akan membuka perniagaan penternakan Agrobiz ikan keli. Pada awal pembabitan penternakan pada 2 tahun lepas,membela ikan keli afrika dan talapia merah hanya sekadar hobi dan untuk santapan bersama keluarga aje nak-nak masa tiba ujung minggu haha..pada ketika itu jumlah ikan hanya seratus ekor saja..kebiasaan dah abah akan tangkap ikan kt kolam,salai lepas tu mak wat masak sambal ataupun masak lemak cili api. Mak aii sedapnya. Namun, setelah dikaji dan melihat bahawa aktiviti ini mampu menjana pendapatan yang lumayan jika dituai dalam volume yang besar! Cubaan perama tuaian dengan jumlah ikan keli dewasa sebanyak 108 ekor (18 kg/ RM 6 sekilogram) boleh memberi hasil tuaian sebanyak RM 108..satu trial yang baik.
Pada ketika ini tumpuan pasaran adalah di beberapa kawasan di Ayer Paabas, Alor Gajah, Negeri Melaka Bandar Bersejarah untuk melihat respon pasaran@ pelanggan. Dengan jumlah 3 kolam kecil seluas 6x2 kaki setiap satu menempatkan sebanyak 300 ke 350 ekor, 1 kolam lebih kecil menempatkan 100 ekor, 3 kolam bersaiz sederhana menempatkan 400 ekor setiap satu dan kolam besar dengan saiz 24x8 kaki yang menempatkan sebanyak 1600 ekor ikan. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 4000 ekor ikan untuk permulaan..:)